Thursday, December 27, 2007

Kursus Cendawan di Kundasang Sabah anjuran Koperasi Pembangunan Desa

Hari ini saya menyusuri internet, mencari maklumat tentang penanaman cendawan. Akhirnya sepanjang carian saya mengenai penanaman cendawan di internet semakin ramai penanaman cendawan menggunakan platform internet sebagai tempat berkongsi ilmu dan pemasaran.
Maka wujudlah blogger-bloger yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Rasanya cendawan selepas ini tak tumbuh lagi selepas hujan, kerana boleh didapati setiap hari. Jadi tanaman cendawan kini dapat diusahakan secara komersil dan mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Antara laman web blogger yang menarik perhatian saya ialah http://www.joyblee.com/.
Web ini merupakan web blog berkaitan dengan personal. Kenapa ia menarik perhatian saya kerana pemilik web blog ini adalah salah seorang peserta Kursus Penanaman Cendawan anjuran Koperasi Pembangunan Desa, Sabah yang telah menghadiri kursus pada 22-23 November yang lalu.
Antara speaker yang hadir adalah Puan Normah Ibrahim, Pegawai dari Jabatan Pertanian Putrajaya dan Puan Jamilah Lee Pengurus Projek Cendawan Komersil yang berskala besar di Kundasang Sabah.

7 comments:

waq said...
This comment has been removed by the author.
waq said...

masih lagi membekal bongkah cendawan tiram kelabu?..berapa harga 1 bongkah?

Unknown said...

saya mencari habuk kayu. pm saya 0178895065

Unknown said...

saya mencari habuk kayu. pm saya 0178895065

Unknown said...

Sy ingin membeli bongkah cendawan pm saya 01129894291

Unknown said...

saya ingin membeli bongkah cendawan tiram dgn jumlah yg banyak

Unknown said...

Saya ingin membeli bongkah cendawan tiram pls wasap saya 0128257793

PROSES PENANAMAN CENDAWAN

Proses Penanaman Cendawan

(A) PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:-

· Habuk Kayu Getah
· Dedak Halus
· Kapur Pertanian
· Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
· Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
· Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Caranya :-

1. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

2. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

4. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertassurat khabar lama dan diikat dengan getah.



(B) PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:

· Tong Drum,Set Dapur Gas

Caranya :-

1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.

2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.

3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.

4. Kukus 5-6 jam.

5. Sejukkan sebelum disuntik benih


(C) PENYUNTIKAN BENIH

Bahan/Peralatan:

· Benih Cendawan
· Pencungkil Benih

Caranya :-

1. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.

2. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

3. Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dantutup kembali mulut beg cendawan.

4. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)

5. Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).



(D) MEMUNGUT HASIL

1. Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

3. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikankelembapan dan merendahkan suhu.

4. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadiberombak-ombak.

5. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.